jenis - jenis kayu
KETERANGAN RINGKAS MENGENAI KAYU-KAYU
(A) KAYU KERAS BERAT
BALAU / SELANGAN BATU
Kayu
yang dikenali sebagai Balau di Semenanjung Malaysia dan Selangan Batu
di Sabah & Sarawak adalah terdiri dari kayu yang hampir seragam dari
beberapa spesies shorea, yang lebih terkenal adalah S.atrinervosa,
S.foxworthyi, S.giauca, S.laevis, S.maxwelliana, S.materialis,
S.submontana, S.brunescens. Pengeringan kayu ini sangat perlahan dengan
retak hujung yang serius dan pecah-pecah, retak permukaan yang sederhana
dan cacat warna sebagai kecacatan yang utama.
Keterangan umum berkenaan dengan kayu :
Kayu
gubal sederhana jelas berbeza dan warnanya lebih cerah dari teras kayu.
Teras kayu yang baru digergaji berwarna kuning atau coklat kelabu,
pendedahan yang lama akan meluluhawa akhirnya kewarna coklat tua. Iranya
bersimpul. Tatalnya halus dan seragam
RED BALAU/SELANGAN BATU MERAH
Kayu yang dikenal sebagai red balau di smenanjung Malaysia dan selangan batu di sabah dan Sarawak,
adalah terdiri dari beberapa spesies berat shorea. Seperti S.guiso,
S.collma, S.kunstleri dan S.ochroploia. Pengeringan kayu ini biasanya
sederhana perlahan dengan sedikit retak hujung, pecah-pecah dan retak
permukaan sebagai cacat utama.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna merah jambu, coklat ungu atau coklat kelabu dan
sederhana jelas berbeza dari teras kayu, yang berwarna merah coklat muda
hinngga merah coklat tua. Iranya sangat bersimpul. Tatalnya sederhana
halus ke sedikit kasar dan seragam.
BELIAN
Belian dihasilkan dari satu spesies. Eusideroxylon zwageri terdapat di sabah dan Sarawak. Pengeringan kayu ini perlahan dengan kecendrungan membentuk retak-retak dan pecah-pecah.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal jelas berbeza melalui warna. Teras kayunya berwarna coklat muda
hingga kekuning terang bila baru digergaji. Bila terdedah akan berubah
warna coklat ke merahan dan kewarna coklat tua atau mungkin kehitaman
jika lama terdedah. Tatalnya sederhana halus kehalus dan seragam. Iranya
adalah lurus.
BITIS
Bitis
adalah kayu berat dari madhuca spp. Dan palaquium spp. Pengertian kayu
perlahan dengan retak-retak hujung yang sederhana, pecah-pecah dan retak
permukaan sebagai cacat yang utama.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal jelas berbeza. Teras kayu berwarna coklat merah atau coklat.
Tatalnya sederhana halus dan seragam. Iranya lurus atau sedikit
bersimpul.
CHENGAL
Chengal adalah hasil dari satu spesies sahaja yaitu Neobalanocarpus heiumii. Terdsapat di semenanjung Malaysia.
Pengeringan kayu ini perlahan dengan retak-retak hujung yang sederhan
dan retak permukaan yang merupakan cacat utama kerendahan mutunya. Satu
kecacatan kayu ini ialah terdapatnya banyak lubang-lubang penggerak
halus yang merupakan sarang-sarang kumbang ambrosia yang telah mati.
Kumbang-kumbang ini menyerang hampir kesemua pokok-pokok chengal semasa
hidup. Kehadiran lobang halus ini sama sekali tidak menjejaskan kekuatan
kayu kecuali dari segi aestetik. Kayu ini mungkin ditolak.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal jelas berbeza. Bila baru-baru digergaji teras kayu berwarna
coklat kuning muda dengan bintik-bintik hijau jelas kelihatan. Apabila
terdedah warna menjadi lebih gelap ke coklat ungu atau merah karat. Ia
mempunyai tanda riak yang jelas. Iranya bersimpul, tatalnya halus dan
seragam.
GIAM
Spesies
utama Hopea yang menghasilkan kayu giam ialah H.ferra, H.helferi,
H.nutans, H.pentanervia, H.pierrei, H.semicuneata. Pengeringan kayu
sangat perlahan dan tanpa kerendahan mutu yang serius. Padamulanya ia
bebas dari cacat-cacat kecuali saku dammar. Walau bagaimanapun semasa
hidup, pokok ini biasanya diserang kumbang sesungut panjang “longhorn”
yang meninggalkan kesan lobang penggerek yang besar.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
ini seakan-akan seperti chengal kecuali bintik-bintik hijau yang
terdapat pada kayu baru digergaji tidak beberapa jelas kelihatan pada
giam serta tanpa tanda riak. Kayu gubal sederhana jelas dibeza dari
teras kayu kecuali jika terdapat cacat warna. Warna teras kayu adalah
kuning dengan bintik-bintik kehijauan, diluluhawa kepada warna coklat
merah tua. Tatalnya sangat halus ke sederhana halus dan seragam. Iranya
sangat bersimpul.
KEKATONG
Kekatong
adalah hasil dasri cynometra malaccensis, C.ramiflora dan
C.inaequiflia. Pengeringan kayu sederhana perlahan tanpa kerendahan mutu
kecuali sedikit retak ujung.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal tidak jelas berbeza. Teras kayu berwarna coklat merah atau merah
dan berjalur-jalur cantik dengan lapisan warna lebih muda. Kayu kor
biasanya berwarna coklat hitam. Iranya sederhana lurus atau sedikit
bersimpul dan tatalnya sederhana halus dan seragam.
KERANJI
Keranji
adalah hasil dari beberapa spesies Diallium, yang kebanyakan antaranya
adalah D.havilandii, D.laurium, D.maingayi, D.procerum, D.patens,
D.platysepalum, D.indum, D.wallichi. Pengeringannya sederhan perlahan
dengan sedikit kerendahan mutu. Kecacatan serius tidak berlaku kecuali
lapisan floem terkandung kadang-kadang berlaku.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal jelas berbeza dan berwarna putih ke putih kekuningan. Teras
kayunya berwarna coklat keemasan atau coklat merah, setelah meluluhawa,
kepingan berwarna coklat tua. Iranya sangat bersimpul dan kadangkala
berombak memberikan jalur yang cantik dan tatalnya halus ke sederhan
kasar dan seragam.
MALAGANGAI
Malagangai adalah dihasilkan dari satu spesies Eusideroxylon malagangai yang terdapat di Sarawak dan sabah. Ia senang dikeringkan walaupun kecutan yang terjadi sangat tinggi.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna kekuningan dan jelas berbeza dari teras kayu, yang
berwarna coklat dengan bintik-bintik kemerahan yang jelas. Tatalnya
halus dan seragam dengan iranya sederhana halus.
MERBAU
Merbau
adalah hasil utama dari intsia palembancia dan I.bijuga. Pengeringannya
sangat perlahan tanpa sebarang kerendahan mutu kecuali serangan oleh
kumbang bubuk pada kayu gubalnya. Adalah dicadangkan supaya kayu ini
digunakan bebas dari kayu gubal, disebabkan kayu gubalnya sangat mudah
diserang.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal jelas berbeza dan berwarna kuning pucat. Teras kayunya berwarna
kekuningan ke coklat oren bila baru dipotong. Apabila diluluhawa ia akan
berwarna coklat atau merah coklat tua. Gelang pertumbuhan hampir jelas
kelihatan. Iranya bersimpul dasn tatalnya kasar tetapi seragam.
PENAGA
Penaga
adalah hasil dari satu spesies Mesua ferrea. Pengeringannya sangat
perlahan dengan sedikit retak hujung, pecah-pecah dan melengkung
seludang yang sederhana.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna coklat kelabu apabila terdedah dan jelas berbeda dari
teras kayu yang berwarna coklat merah dengan bintik-bintik ungu apabila
baru dipotong apabila terdedah akan berwarna merah tua. Tatalnya hampir halus dan seragam, dengan iranya bersimpul atau ira berpilin.
PENYAU
Penyau dihasilkan dari satu spesies, upuna boeneensis, kebanyakannya didpati di Sarawak dan sabah, pengeringannya sederhana perlahan dengan sedikit cacat-cacat pengeringan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya jelas berbeza dari teras kayu yang berwarna coklat tua.
Tatalnya sedikit kasar tetapi seragam dengan ira lurus ke sedikit
bersimpul.
RESAK
Resak
terdiri dari kayu yang hampir seragam dari berbagai bagai spesies
vatica, spesies utama ialah vatica nitens, V.cuspidata, V.maingayi,
V.lowii, V.bella, V.flavida, V.havilandii, V.heteroplera, V.mangachapoi
dan V.scortechnii, dan dua spesies dari cotylelobium, C.malayanum dan
C.melanoxylon, pengeringan kayu agak perlahan dengan terlalu sedikit
kerendahan mutu.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal berwarna cerah dan sangat jelas dibeza dalam cotyleiobium tetapi
tidak begitu mudah dalam vatica. Teras kayu berwarna kuning pucat bila
baru dipotong dan bertukar ke warna coklat merah tua apabila terdedah
dalam cotylelobium. Dalam vatica, pendedahan akan menukarkan warna ke
coklat dengan bintik-bintik hijau. Irinya lurus atau hanyha bersimpul
sedikit dan tatalnya halus dan seragam. Kayu-kayu yang belum kering
didapati berdamar tetapi tidak selepas dikringkan.
TEMBUSU
Kebanyakan
kayu tembusu dihasilkan dari fagraeafragrans, F.gigantea dan
F.elliptica. Pengeringan kayu ini sangat perlahan dengan hanya sedikit
retak hujung dan pecah permukaan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal tidak jelas berbeza dari teras kayu, yang berwarna coklat kuning
muda dan berwarna keemasan tua atau coklat oren apabila terdedah.
Tatalnya halus dan seragam dengan ira yang lurus dan berombak sedikit.
(B) KAYU KERAS SEDERHANA
ALAN BATU
Alan batu adalah nama perdagangan untuk kayu berat shorea albida di Sarawak.
Pada keseluruhannya kayu ini hanya dihasilkan dari pokok-pokok besar
yang tua dan berongga. Pengeringannya mudah tanpa cacat-cacat yang
serius.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna coklat kekelabuan muda dan beransur-ansur bercantum
dengan teras kayu yang berwarna coklat kemerahan tua. Jalur putih dari
saluran-saluran dammar terdapat dengan nyata pada permukaan kayu. Iranya
bersimpul sedikit dan tatalnya kasar dan seragam.
BEKAK
Bekak
adalah hasil dari beberapa spesies amoora, terutama A.malaccensis,
A.lanceolata, A.maingayi, A,rubescens, A.ridleyi dan A.rubiginosa.
Pengeringan kayu ini biasanya cepat dengan hanya sedikit lengkung
seludang, lengkung sabut, retak-retak hujung dan serangan serangga yang
merupakan punca utama kerendahan mutunya.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna pucat dan nyata berbeza dari teras kayu yang berwarna
merah bata atau merah tua apabila baru dipotong. Apabila terdedah
warnanya bertukar kecoklat merah tua atau coklat gelap. Iranya bersimpul
dan tidak selari. Tatalnya sedikit kasar dan seragam.
DERUM
Derum
terdiri dari kayu-kayu berat cratoxylum spp, spesies utama ialah
C.cochinchinense, C.formosum dan C.maingayi. Pengeringan kayu ini
biasanya perlahan tanpa terdapat sebarang cacat-cacat.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal tidak berapa jelas berbeza dari teras kayu yang berwarna coklat
ke coklat merah dengan bintik-bintik ungu. Tatalnya halus dan seragam
dengan irinya lurus atau bersimpul.
ENTAPULOH
Entapuloh adalah hasil dari bebrapa spesies teijsmanniodendron di Sarawak. Terutama dari T.coriaceum, T.glabrum, dan T.holophyllum. Pengeringannya tidak menghasilkan cacat-cacat yang serius.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna kuning dan jelas dibeza dari teras kayu yang berwarna
coklat kekuningan. Tatalnya halus dan seragam dengan iranya lurus atau
sedikit bersimpul.
GERITING/TERUNTUM
Kayu yang dikenali sebagai teruntum di semenanjung Malaysia dan Sarawak
dan geriting di sabah yang dihasilkan oleh lumnitzera spp, terutama
L.littorea dan L.racemosa. Pengeringan kayu ini terkenal sangat
memuaskan dengan sedikit kerendahan mutu.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya tidak jelas berbeza dan berwarna cerah dari teras kayu yang
berwarna coklat kelabu muda kewarna coklat merah muda. Tatalnya sangat
halus dan seragam dengan ira lurus ke sedikit bersimpul.
KANDIS
Kandis
adalah kayu dari garcinia spp, terutama G.atroviridis, G.bancana.
G.cowa, G.forbesii, G.griffithii, G.homronina, G.malaecensis,
G.merguensis, G.nigrolineata dan G.parvifolia.
Kerangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal biasanya berwarna cerah dan ia tidak jelas berbeda dari teras
kayu, kecuali dalam jenis G.hombroniana diman kayu gubalnya yang
berwarna coklat merah dan jelas berbeda dari teras kayu yang berwarna
coklat merah tua. Teras kayunya berbagai warna, setengah-setengah
spesies berwarna coklat merah tua manakala yang lain berwarna kuning.
Tatalnya sederhana halus dan seragam. Iranya adalah lurus.
KAPUR
Kapur adalah hasil beberapa Dryobalanops
spp, terutama Dryobalanops aromatica, D. lanceolata, D. keithii, D.
rfabba, D. beccarii dan D. oblongifolia. Pengeringan kayu ini sederhana
perlahan ke perlahan dengan sedikit krendahan mutu. “lubang halus”
(yaitu sarang-sarang peninggalan kumbang ambrosia) adalah cacat yang
biasa terdapat pada kayu ini.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya jelas berbeza dan berwarna coklat kekuningan teras kayunya
berwarna coklat kemerahan. Iranya lurus atau bersimpul sedikit atau
kadangkala sangat bersimpul. Tatalnya sederhana kasar dan seragam.
KASAI
Kebanyakan
kasai adalah hasil dari pometia pinnata dan P.ridleyi. Pengeringan kayu
biasanya perlahan tetapi dengan sedikit sahaja kerendahan mutu.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna cerah dan tidak jelas berbeza dari teras kayu, yang
berwarna merah jambu atau coklat merah. Tatalnya sederhana kasar dan
seragam dengan iranya bersimpul sedikit atau lurus.
KAYU MALAM
Kayu
malam adalah kayu dari Diospyros spp, terutama D.buxifolia,
D.elavigera, D.confertiflora, D.oblonga, D.dictyoneura,
D.ferruginescens, D.pseudomalabrica, D.discocalyx, D.siamang,
D.durionoides, D.foxworthyi, D.maingayi, D.pendula dan D.pillosanthera.
Pengeringan kayu yang lebih berat perlahan dan selalunya terjadi retak
dan menggeleding.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya tidak jelas berbeza dari teras kayu, yang mana biasanya
berwarna putih kekuningan ke kuning pucat. Beberapa spesies ini
menghasilkan kor yang berjalur dan setengahnya menghasilkan kor hitam
pekat iatu Ebony. Tatalnya halus dan seragam dengan iranya lurus ke
sedikit bersimpul.
KEDANG BELUM/TULANG DAING
Kayu yang dikenali sebagai kedang belum di Sarawak dan tulang daing di semenanjung Malaysia adalah dari milletia spp, terutamanya M.albioflora, M.atropurea dan M.vasta.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya tidak jelas berbeza dari teras kayu yang berwarna coklat oren
pucat dan berjalur cerah di zon parenkimanya. Tatalnya kasar dan tidak
seragam disebabkan tidak terdapatnya kayu parenkima yang banyak. Iranya
bersimpul.
KELAT
Kelat
adalah hasil dari berbagai-bagai Egenia. Pengeringan kayu sangat
perlahan dengan retak hujung dan serangan serangga yang merupakan
cacat-cacat utama.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya tidak jelas berbeza dari teras kayu, yang berwarna coklat
muda, coklat merah jambu, coklat merah atau coklat ungu dengan
bintik-bintik kelabu. Iranya bersimpul, tidak selari atau berombak.
Tatalnya sederhana halus dan seragam.
KELEDANG
Keledang
terdiri dari beberapa spesies. Artocaprus. Khususnya A. lanceifolius,
A.anisophyllus, A.dadah, A.heterophyllus, A.kemando, A.rigidus.
Pengeringan kayu adalah sederhana perlahan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal berwarna kuning muda ke coklat kuning dan jelas berbeza. Teras
kayunya berwarna coklat oren atau coklat dan bertukar ke coklat tua
apabila diluluhawa. Iranya sangat bersimpul. Tatalnya sederhana kasar ke
kasar dan seragam.
KEMPAS
Kempas adalah hasil dari spesies tunggal Koompassia malaccensis. Kayu kempas dikeluarkan di Sarawak
dan sabah biasanya mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi. Pengeringan
kayu ini biasanya perlahan dengan sedikit cacat kecuali serangan
serangga pada kayu gubal. Cacat-cacat dalam kayu ini termasuk teras
rapuh dan zon-zon floem terkandung yang terdapat dari semasa ke semasa
yang mungkin memberikan pecah yang teruk semasa pengeringan. Kayu
gubalnya mudah diserang.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya jelas berbeza dan berwarna kuning. Teras kayunya berwarna
merah jambu bila di potong dan menjadi gelap ke warna merah oren atau
coklat tua. Iranya bersimpul atau kadangkala sangat bersimpul. Tatalnya
kasar dan seragam.
KERUING
Keruing
adalah hasil dari banyak spesies Dipterocarpus. Kebanyakan adalah dari
D.apterus, D.baudin, D.chartaceus, D.concavus, D.costatus, D.crinitus,
D.dyeri, D.gracilis, D.costulatus, D.grandiflorus, D.kerrii,
D.sublamellatus, D.kunstleri, D.lowii, D.obtusifolius, D.retundifolius,
D.verrucosus, D.acutangulus, D.applanatus, D.caudiferus dan D.confertus.
Pada umumnya pengeringan kayu ini baik dengan sedikit pecah hujung dan
retak permukaan sebagai cacat-cacat yang utama.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya adalah jelas berbeza dan berwarna kelabu coklat. Teras kayunya
berwarna coklat merah atau merah ungu apabila diluluhawa akan berwarna
coklat merah tua. Iranya lurus ke sangat bersimpul. Tatalnya sederhana
kasar ke kasar dan seragam.
KERUNTUM
Keruntum adalah keluaran dari spesies tunggal yaitu Combretocarpus rotundatus, yang kebanyakan terdapat di Sarawak. Pengeringannya cepat tetapi memerlukan perhatian untuk menghalang dari kerendahan mutu masa pengeringan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu gubalnya berwarna kuning pucat. Teras kayunya berwarna coklat kemerahan. Iranya lurus dan tatalnya kasar dan tidak seragam.
KULIM
Kulim
adalah hasil dari satu spesies saja yaitu : Scodorocarpus borneensis.
Pengeringan kayu ini biasanya sederhana cepat dengan retak hujung yang
sederhana, pecah-pecah dan sedikit retak permukaan sebagai sebab utama
yang menyebabkan kerendahan mutu.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna kuning cerah dan sederhana mudah dibedakan dari teras
kayu yang berwarna coklat ungu tua ke hamnpier coklat merah tua.
Tatalnya sederhana halus dan seragam. Iranya sedikit bersimpul ke sangat
bersimpul.
MATA ULAT
Mata
ulat adalah dihasilkan dari kokoona littoralis, K.ochracea,
K.ovatalanceolata dan K.retlexa. Bagi jenis K.littoralis pengeringannya
sedikit perlahan dengan sedikit pecah-pecah, retak-retak hujung yang
sederhana. Retak-retak permukaan dan serangan serangga. Bagi K.retlexa
pengeringannya pantas dengan sedikit retak-retak hujung, pecah-pecah dan
retak permukaan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna cerah dan bercantum perlahan-lahan dengan teras kayu
yang berwarna keputihan ke warna coklat kekuningan. Tatalnya halus
tetapi tidak seragam disebabkan oleh jaluran tebal parenkima. Iranya
bersimpul.
MEMPENING
Mempening
adalah hasil dari dua genera, Lithocarpus dan Quercus. Pengeringan kayu
sederhana perlahan dengan hanya sedikit lengkung sabut, retak-retak
hujung, pecah-pecah dan kesan warna yang sederhana sebagai cacat-cacat
utama.
Keterangann umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal tidak berapa jelas berbeza tetapi biasanya berwarna cerah dari
teras kayu yang berwarna antara coklat kuning dasn merah coklat,
kadangkala berwarna agak merah tua. Tatalnya hampir kasar dan tidak
seragam disebabkan pertaburan vessel yang tidak teratur dan jejari yang
lebar. Iranya lurus ke bersimpul dan ‘silver figure’ seperti pada jenis
“oak” sangat jelas kelihatan pada permukaan jejarinya.
MENGKULANG/KEMBANG
Kayu
yang dikenali sebagai mengkulang di semenanjung Malaysia dan Sarawak
manakala kembang di sabah, dihasilkan dari Heritiera Simplicifolia,
H.albiflora, H.aurea, H.borneensis, H.globosa, H.sumatrana dan
H.javanica. Pengeringan kayu sederhan cepat dengan sedikit lengkung
seludang, retak retak hujung dan retak-retak permukaan sebagai
cacat-cacat yang utama.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna cerah dan tidak jelas berbeza dari teras kayu yang
berwarna merah, coklat merah ke warna coklat merah tua. Iranya lurus
atau hanya bersimpul sedikit, tatalnya ke sederhana kasar tetapi
seragam.
MERANSI
Meransi
adalah hasil dari Carallia borneensis, C.brachiata, C.iuryoides.
Pengeringan kayu sederhana perlahan dengan hanya sedikit serangan
serangga dan cacat warna pada gubal sebagai cacat-cacat utama.
Keterangann umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna cerah dan sederhana jelas berbeda dari teras kayu
yang berwarna coklat merah dengan bintik-bintik oren. Iranya
lurus,bersimpul atau sedikit berombak. Tatalnya kasar dan tidak seragam
disebabkan terdapatnya jejari-jejari yang besar.
MERAWAN/GAGIL
Kayu
yang dikenali sebagai merawan di semenanjung Malaysia dan sarwak dan
gagil di sabah di hasilkan dari beberapa spesies Hopea, yang biasanya
dari H.beccariana, H.dryobalanoides, H.dyeri, H.ferruginea,
H.glaucescens, H.griffithii, H.latifolia, H.mengarawan, H.montana,
H.myrtifolia, H.nervosa, H.odorata, H.pubescens, H.sangal,
H.sublanceolata dan H.sulcata. Pengeringan kayu ini perlahan dengan
sedikit lengkung seludang yang merupakan satu-satunya kecacatan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal pada umumnya berwarna cerah dan kurang jelas berbeda dari teras
kayu yang berwarna kuning bila baru dipotong dan apabila diluluhawa akan
berwarna ke gelapan ke coklat muda atau coklat merah. Iranya bersimpul,
tatalnya sederhana halus dan seragam.
MERBATU
Merbatu
adalah hasil dari Maranthes corymbosa dan beberapa spesies parinari.
Pengeringan kayu sederhana cepat dengan sedikit kecacatan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal berwarna muda tetapi tidak jelas berbeda dari teras kayu yang
berwarna coklat merah dengan bintik-bintik kekuningan. Iranya lurus,
berpilin atau berombak dan tatalnya sederhana kasar tapi seragam.
MERPAUH
Merpauh
dihasilkan terutama dari Swintonia schwenkii, S.penangiana dan
S.spicifera. Bagi S.penangiana dan S.spicifera pengeringannya adalah
cepat, manakala S.schwenkii biasanya perlahan pengeringannya. Kecacatan
warna yang sederhana , sedikit lengkung seludang, lengkung sabut dan
serangan serangga adalah merupakan cacat-cacat utama.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna coklat muda dengan bintik-bintik kelabu atau merah
jambu dan tidak jelas berbeda dari teras kayu yang berwarna coklat
kelabu muda dengan bintik-bintik merah jambu. Setengah-setengah pokok
menghasilkan kor yang berjalur dengan garisan-garisan warna oren dan
merah. Iranya bersimpul dan tatalnya sederhana kasar dan seragam.
MERTAS
Mertas dihasilkan dari satu spesies Ctenolphon parvifolius. Pengeringan kayu sederhana cepat tanpa kerendahan mutu yang serius.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu gubalnya tidak boleh dibedakan dari
teras kayu, yang mana berwarna coklat ke coklat merah ungu. Iranya
bersimpul dan kadang-kadang berombak. Tatalnya sederhana halus dan
seragam.
NYALIN
Nyalin
dihasilkan kebanyakannya dari Xanthophyllum affine, X.obscurum,
X.scortechinii, X.amoemun dan X.stipitatum. Pengeringan kayu sederhana
perlahan dengan hanya sedikit cacat-cacat seperti melengkung seludang,
lengkung sabut dan retak-retak hujung. Walau bagaimanapun kayu ini mudah
diserang oleh serangga semasa pengeringan.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal tidak boleh dibedakan dari teras kayu yang berwarna putih ke
kuning cerah bila baru dipotong dan apabila terdedah akan berwarna lebih
tua yaitu warna kuning oren tua. Iranya lurus dan tatalnya sederhana
kasar dan tidak seragam.
PAUH KIJANG
Pauh
kijang dihasilkan dari Irvingia malayana. Pengeringan kayu adalah
perlahan dengan retak hujung yang sederhana, retak permukaan, serangan
serangga dan cendawan sebagai sebab utama yang menyebabkan kerendahan
mutu.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal berwarna muda dan ia biasnaya hanya sederhana jelas berbeda dari
teras kayu yang berwarna coklat kuning dengan bintik-bintik kehijauan.
Pada setengah batang didapati jaluran kor berwarna coklat kelabu tua.
Iranya bersimpul sedikit dan tatalnya sederhana halus dan seragam.
PERAH
Perah
dihasilkan dari Elateriospermum tapos, pengeringan kayu sederhana cepat
tanpa cacat-cacat kecuali cacat warna pada kayu gubal dan serangan
serangga.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna coklat kuning muda dan jelas berbeda dari teras kayu
yang berwarna coklat tua dengan bintik-bintik merah dan berjalur cerah
dan gelap. Iranya lurus atau bersimpul sedikit. Tatalnya sederhana halus
dan seragam.
PETALING
Petaling adalah hasil dari Ochanostachys amentacea. Pengeringan kayu ini sangat perlahan dengan sedikit cacat-cacat.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubalnya berwarna coklat kuning tua atau coklat merah muda dan
sederhana jelas berbeda dari teras kayu yang berwarna coklat merah ke
coklat ungu merah dan menjadi gelap apabila terdedah. Iranya bersimpul,
tatalnya halus dan seragam.
PUNAH
Punah
adalah hasil dari satu spesies yaitu Tetramerista glabra. Pengeringan
kayu ini sederhana cepat tetapi mudah mempunyai kerendahan mutu seperti
lengkung seludang, lengkung sabut, retak hujung, pecah, retak permukaan
dan cacat warna.
Keterangan umum berkenaan kayu:
Kayu
gubal berwarna cerah dan tidak selalu jelas berbeda. Teras kayunya
berwarna coklat merah jambu dan bertukar ke coklat muda bila diluluhawa.
Iranya lurus, bersimpul atau kadangkala berpilin dan tatalnya sederhana
kasar seragam.
Assalamualaikum, sy ada serba sedikit yg nk dikongsikan ttg 1 penawar penyakit kronik atau kanser yg sy jumpa di sebuah blog. Mulanya sy tercari² ubat altenatif utk diri sy sendiri yg mengidap penyakit kronik rektum. Lama jugalah sy google maklumat sbb nak cari penawar kanser ni. Akhirnya sy terjumpa jus yg dihasilkan oleh pengasasnya yg bernama En.Zuhairi.
ReplyDeleteJadinya sy mencuba penawar nya ,syukur alhamdulillah sembuh dlm masa 8bulan je, drp sakit kronik kemudian sembuh smpai skg ni . Rasa bersalah pulak kalau sy x kongsi apa yg sy tahu, benda baik jika dikongsi dapat juga pahala, mudah² han. Aaminn
Okay, kat sini sy share sikit beberapa testimoni² yg ade dlm website nya ya.... Mmg dah ramai sembuh dr banyak jenis penyakit kronik dn kanser drp ramuan nya. Lepas baca je testimoni dlm blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin , sy mmg jd yakin nak cuba dan bukan biasa²...sakit bertahun² sy boleh sembuh, smpai doktor blh ckp ini satu keajaiban.
➡️Dlm blog tu, mcm² jenis kanser blh rawat termasuk kanser leukimia,paru²,limfoma dan banyak lg lah..jadi 1 berita gembira buat kita. Share kat orang yg tercari² penawar kanser.
Okay, ini sebahagian info yg sy sempat copy drp blog En Mohd Zuhairi Bin Noordin
Testimoni 1
▪️Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot atas lantai dan kalau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar bunyi lutut , tulang pula sakit. Nak masak terpaksa guna kerusi sebab tak mampu berdiri lama. Tapi lepas 6 hari je minum jus ni, beliau dah mampu berjalan. Saraf kaki dah tak tegang. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Testimoni 2
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor.
Skg dah sembuh dari kanser. Ketumbuhan daripada saiz 2 genggam tangan org dewasa, bertahun terlantar tak mampu buat apa², sekarang dah berkerja, jalani hidup mcm biasa.
Testimoni 3
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dan sihat walaupun pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 7tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order) pada tahun 2020, beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
Yang penting, beliau ambil produk luar biasa ni sampai sekarang (2022).
Testimoni 4
▪Adik Izzat b. Muhd Ariffin. Kanser Burkit Lymphoma stage 4. Sekarang dh sembuh.
Gurunya ada beritahu beliau tak pernah nampak mcm pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas. Adik ni ambil produk ni dan rasa bertenaga sambil merawat penyakit. Beliau ambil jus herba ini dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
Testimoni 5
▪Puan Musriharni ,pesakit asma kronik sejak kecil. Beliau guna pam healer setiap hari. Dlm masa yg sama,beliau juga pesakit GERD yang menyebabkan berangin satu badan hingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety, akibat nya menggigil dan seram sejuk.
Sekarang kesihatannya makin baik, gastrik dan anxiety dah hilang, asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru² dah elok semula.
Testimoni 6
▪Puan Rohana Binti Ismail. Seorang yang cergas dan aktif mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu. Tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan. Sakit nya tu sehingga nk turun tangga pun terpaksa turun macam orang tua, turun mengiring sambil berpaut. Bila dah minum jus ini, dalam masa 7hari saja kaki beliau dah mulai sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 minggu. Sekarang dah berjoging boleh jonging balik, daki bukit dlm 8km jauh nya. Sakit lutut hilang.
Testimoni 7
ReplyDelete▪️Muhammad Iman Nashriq, umur 2 tahun. Mengidap penyakit lelah sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan, sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa² perubahan. Ibunya cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
➡️Testimoni tu kalau buka website die ,ada sekali gambar pesakit.
➡️Sy sarankan kepada sesiapa yg ada sakit kanser ,cubalah ikhtiar cara ni selain usaha dengan rawatan doktor, tak salah kalau kita rawat cara alternatif lain, lagipun dari pengalaman saya sendiri yang mengidap penyakit kronik, ubat kanser tak ada di pusat rawatan, kimo memang membantu tapi merawat cara alternatif ni dah mula diterima masyarakat, cuma carilah yang betul² nak bantu merawat,bukanlah nak kaut untung semata².
➡️Ni sy tinggalkan sekali nombor utk dihubungi.Kot nak tanya apa²...
En Mohd Zuhairi Bin Noordin 0174687570
Sebarkan untuk kebaikan bersama.
Terima kasih banyak²